Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO
sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga
diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di
Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia
langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
- Negeri Sembilan di utara;
- Johor di tenggara; dan
- Selat Melaka di barat.
No comments:
Post a Comment