Sunday 30 September 2012

Mari Belajar

Assalamualaikum w.b.t. 
Salam 1 Malaysia. 

Ini merupakan blog di mana anak-anak murid semua boleh menjadikannya sebagai tempat rujukan bagi matapelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan. Banyak informasi yang berguna yang boleh dijadikan agen perubahan pengetahuan dalam diri kita semua. Selamat melayari blog cikgu.

Saturday 22 September 2012

Perlis Darul Sunnah


Negeri Perlis Indera Kayangan (atau Perlis Darul Sunnah) merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebalah selatan. Lihat peta lokasi di Google Maps.
Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).

Mari ke Perlis Darul Sunnah

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.


Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.

Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.

Mari ke Pulau Pinang Pulau Mutiara

Kedah Darul Aman




Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.

Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Songkhla dan Yala wilayah Thailand ke utara. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.

Modal dan tempat duduk diraja di negeri ini ialah Alor Setar. Lain-lain bandar-bandar maju termasuk Sungai Petani dan Kulim di tanah besar, dan Langkawi di bahagian pulau. Bandar-bandar membangun seperti Jitra, Pendang dan Pokok Sena.

Mari ke Kedah Darul Aman

Perak Darul Ridzuan


Perak atau argentum (daripada bahasa Latin Argentum, daripada Bahasa Yunani ἀργήντος - argēntos) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.

Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.

Mari ke Perak Darul Ridzuan

Selangor Darul Ehsan


Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang.

Mari ke Selangor Darul Ehsan

Negeri Sembila Darul Khusus


Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan(lihat peta):

 Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.

Mari ke Negeri Sembilan Darul Khusus

Melaka Bandaraya Bersejarah


Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):

Mari ke Malaka, Bandaraya Bersejarah

Johor Darul Takzim


Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-2 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang.

Mari ke Johor Darul Takzim

Pahang Darul Makmur


Pahang (Jawi: ڨهڠ) adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan (lihat peta):

Mari ke Pahang Darul Makmur

Terengganu Darul Iman


Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 (lihat peta). Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.

Mari ke Terengganu Darul Iman

Kelantan Darul Naim



Kelantan Darul Naim (Jawi: كلنتن دار النعيم, Loghat Kelantan: Klatè) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Mari ke Kelantan Darul Naim

Sabah Negeri di Bawah Bayu


Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dan terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia.
Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada hanya di bawah laluan monsun.

Menurut perangkaan Banci penduduk dan perumahan 2010 kira-kira 65.5% penduduk Sabah adalah Islam, 25.3% Kristian, 12.0% Buddha dan 0.2% lain-lain Agama dan Kepercayaan.

Antara senarai Daerah-daerah mengikut populasi Agama Majoriti di sabah
Tawau (( Islam )) Semporna (( Islam )) Kunak (( Islam )) Lahad Datu (( Islam )) Kinabatangan (( Islam )) Tongod (( Kristan dan Islam )) Sandakan (( Islam dan Buddha ))

Mari ke Sabah Negeri di Bawah Bayu

Sarawak Bumi Kenyalang



 Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.

Sarawak terdiri daripada 11 bahagian
  • Kuching
  • Samarahan
  • Sri Aman
  • Betong
  • Sarikei
  • Sibu
  • Mukah
  • Kapit
  • Bintulu
  • Miri
  • Limbang  

Mari ke Sarawak Bumi Kenyalang

Peta Negara Malaysia

Berikut merupakan peta Malaysia yang merangkumi Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Setiap negeri telah dilabelkan dengan nama negeri masing-masing disertai dengan Identiti Negeri tersendiri iaitu bendera negeri.